Wednesday 28 January 2015

Pulau Perhentian Kecil

Posted by izyan at 1:01:00 am 0 comments
Assalamualaikum! Lamanya tak jenguk blog ni. Ada orang lagi ke ni? Halluuuuu hihi sebenarnya dari last year lagi nak update pasal pulau perhentian...tapi tu lah terkena jangkitan virus M. Apa? MALAS. Hahaha

Okehh tanpa membuang masa dan tenaga, jom imagine kita pergi perhentian balik. Hihi kita pergi bulan september 2014, dgn 3 lagi member kita. Pulau Perhentian ni terletak dalam negeri Terengganu tapi dah dekat2 dgn Kelantan dah. Kalau nak cepat sampai sana, korang boleh naik flight ke Kota Bharu. Kota Bharu tawww bukan Kuala Terengganu. Kota Bharu airport is nearer. Then from airport korang boleh naik teksi yg makan masa cuma sejam ke jeti Kuala Besut.

Tu yg cepat. Tapiii asal ntah kitorang prefer yg lagi lambat. Haha kitorang naik bas jeeee. Kita naik dari Klang Sentral, then Nysa naik dari Shah Alam, then Faraw dgn Ainun naik dari KL sbb dorang baru habis kelas kat sana. Perjalanan makan masa dalam 8 jam...yg best nya naik bas ni walaupun sakit punggung duduk lama2, bus ni straight ke jeti kuala besut. So mmg jimat duit teksi. Hiks both way okay. Ada pro and con :)

Okehh pagi2 buta tu dah sampai jeti kuala besut so kitorang pun tunggu bot yg dah berjanji dgn kitorang.











Dah kumpul ramai2 sume then bermulalah perjalanan naik bot besar ke pulau perhentian kecil. Agak culture shock la sbb dah lama tak naik bot. Hahaha cuakkkkk. Bot terhempas-hempas sbb laju. Huaaa nangis kat situ. Haha tipu je. Takkan la nangis kotttt. Agak jauh jugak nk ke sana dalam 30-40 minit camtu. Dah nak dekat2 smpai tu, kitorang diberhentikan kat tgh2 laut. Tunggu bot kecil dtg ambik. Katanya sbb nak kekalkan kebersihan pantai sekitar situ. Kot la.

Ok dah sampai! *excited*






Then kitorang pun jalan ke tempat stay kitorang utk 3hari2malam ni. Dekat je. Sunrise inn kalau tak silap namanya. Gambar takde hihi. Yg buat kitorang terkejut, kt sini toilet share! Arghhh dia macam ade 3 row taw. So setiap satu row tu ada satu toilet yg sekali dgn tempat mandi. Tak cukuo dgn tu, row kitorang semua lelaki! Kitorang je perempuan. Alaaa kitorang bukannya aoa, baru belajar jadi backpackers hahaha so macam susah nak terima. Tapi apa boleh huat kan? Kat sini dia control penggunaan elektrik. Dari pukul 9pagi smpai 3 petang dgn 6-9 malam takde elctricity. Kalau tak silap la, tak ingat sgt exact pukul berapa. Hmmm Tapiiii yg bestnya, bilik kitorang yg hujung skali...which meansssss bilik menghadap laut! Bestt!!

Scenery mengadap laut





Ok masa tu kitorang takde pape aktiviti, free and easy. Kitorang jalan2 la kan..takkan nak duduk bilik je. Duduk bawah payung yg besar tu, sbb masa tu mmg matahari terik. Huuuu selfieee la apa lagi





Okeh pastu kitorang pun balik bilik..rehat jap before pegi jungle trekking. Hish ikut hati ni kan, malas gila la nk pergi trekking trekking ni hahaha penat kotttt dah la menaik ke atas. Mmg rasa nk pitam, pengsan pun ada. Haha but then, jumpa scenery yg cantik gila! Subhanallah memang cantik sangat. Memang tinggi gila kat situ, ada tangga ke bawah.

















Acah-acah ayu kan. Hahaha

Ok sebenarnya lupa nak cakao, kitorang ade pergi kayak ptg tadi tu yg penat tu. Ingt tak penat ke kayak ni??? Tapi kayak free so apedehall





Berbalik kat tempat yg cantik gila tadi tu, ala sorry la lupa nama dia. Hahaha ok then kitorang pun turun la tangga ke bawah sekali kan. Ramai org kt situ, naik bot terus ke tempat pulau tadi. Abang yg guide kitorang masa jungle trekking tadi dah panggil dari atas sebenarnya, ajak balik. Kitorang cam pelik, eh kena masuk hutan ke? Kena panjat tangga balik ke? Aaaaaa so kitorg pun cakap taknak ikut dia. Hahaha sukahati je kan. Pastu ade lagi beberapa org yg bukan group kitorang ade kat situ. Ade satu bot yg boleh bawak kitorang balik. Tapi tiba2 hujan lebattt. Serious lebat! So pakcik bot tu kata, kita mandi manda dulu la kat sini! Serious aaaaaa kitorang mandi laut dalam hujan wehhh!! Hahaha seronok gilaaa!











Ok bila hujan dah reda sikit, pakcik tu pun ajak balik. Dah la baru lepas mandi laut kan? Pastu kena pulak angin naik bot laju gila....sejuk gila ahhhhh hahahaha mencucuk-cucuk ke tulang....





Tengok gambar pun boleh tahu kitorang tgh kesejukan kan? Haha kitorang pun sembang2 dgn lagi 4-5 org kat situ. Pakcik tu tanya kitorang stay mana, kitorang ckp la kat sunrinse inn kan. Pakcik tu buat muka pelik. Rupa-rupanya bot pakcik tu nk hantar diorang ke perhentian besar! Pastu kitorang pun buat la muka kesian mintak tolong hantarkan. Hahaha nasib baik pakcik tu baik hati nak hantarkan. Kalau tak? Berenang-renang la kitorang. Hahaha over sangat k.......krik krik

Ok then pastu kitorang pun mandi sume..solat then kitorang pergi dinner around pukul 8 camtu. Kedai makan kat situ tak banyak sgt pun and harga lebih kurang. Ohh nak cakap ni, harga makanan&barang2 kat sana sangatlah mahal n mark up gila. Ecece accounting term nampak. Haha tp serious ahh mmg mahal. For me la. Nasi goreng yg campak2 tu rm7 or rm8 yg basic. Masa tu kita order nasi goreng kerabu. Nasib baik sedappppp. Hiks

Ok pastu kitorang pun jalan2 sepanjang tepi2 laut tu...rupanya tiap2 malam ada fireshow kat sana. Ala gambar takde. Haha ade dalam phone. Ala malasnya nak transfer. Haha tapi memang best ahhh and kitorang baru tahu rupa2nya perhentian kecil mmg meriah kalau waktu malam compare dgn perhentian besar yg hambar sikit denagr2 cerita.

Ok then kitorang pun balik tido. Kitorang bukan jenis party pun! Bahaya kat sana mcm bebas je kan dorang minum-minum. So kitorang balik bilik. Hehe *baiknya* *innocentnya*


Day 2.

Kitorang bangun awaaaaaal pagi nak tengok sunset! Bestnya weh pepagi buta duduk tepi laut. Tenang je rasa! :)

Oo then kitorang breakfast and siap2 nak pergi snorkelling! Yeay!

Kitorang gerak dalam pukul 10 camtu, then ada ramaiii lagi yg join. Tak ingat la berapa point kitorang pergi. 4 rasanya. 2 points before lunch. Before snorkelling tu dia akan bagitahu cara2 yg betul sume so dont worry! Enjoy!






Pastu kitorang lunch kat Nelayan Village. Tu dekat perhentian besar, dia mcm centre la sbb ada masjid dgn sekolah kat situ..best gila lah lunch betul2 tepi laut. Haha tapi food memang sedap! Then sambung snorkellinggggg

Katanya nak pergi ke turtle point tapi hmmm maybe bukan rezeki kitorang, takde pun turtle kat situ...sobs. pastu pegi Lata Air Berani. Kat sini ada air tawar (air terjun). Ya Allah best gila weh kat sini! Air terjun diaaaaa syokkkkkk. Pastu kitorang punya abang bot sporting gila kot, dia nampak kitorang cam malu2 sikit kan sbb yg lain semuanya lelaki. Kitorang perempuan sikit je. Hihi pastu dia ajak laaa then dia yg simbahkan air tawar tu kat kitorang. Best gila laaaa segar gila rasanya. Ni ada satu pic before kitorang tinggalkan lata berani. Rindunya ;(





Okay pastu kitorang ade pergi ala apa nama tempat tu pun lupa. Haha yg boleh terjun dari tebing tinggi tu. Dorang je buat. Kita tak berani :'( takpelah sbb mmg takut pun masa tu. Hihi lama jugak la kat situ..semua sporting macam dah lama kenal. Buat aktivit main air sumeee memang best la ramai2 :)

Malam tu kitorang pun siap2 nak pergi dinner sume, tapi hmm macam sedih malam ni. malam tu kitorang makan kat kedai lain, kedai sebelah yg kitorang makan semalam. Saja nk taste lain kononnya. Kitorang order, sejam lebih order tak smpai. Padahal org tak ramai pun kat situ. Pergi kaunter tanya, dia belum masak pun lagi! Punyalah bengang, dah la lapar gilaaaaa. Kitorang pun just bayar air pastu blah. Then pergi makan tempat lain. Ok kat sini cepat smpai order tapi tawar hebeh gilaaaaa aaaaa sedih. Tanya dia, rupa2nya cili takde. Wattheeee???? Weh masa order ada mention *nak pedas* kot! Kenapa tak bagitahu. Geram betul. Tapi makan jela dah lapar sgt. Okay pastu kitorang lepak la kat tempat fire show semalam....kan malam ni last. Esok nak balik dah. Sobs ;(


Day 3.

Harini free n easy. Tp kitorang takde wat pape. Maybe penat semalam belum hilang lagi. Hihi so before balik, lepak2 la situ sementara tunggu bot sampai.







masa ni kulit sensitif gila, naik banyak jerawat. Sobs ;( *motifnak bagitahu? Hahaha*







Pergi perhentian september 2014, sekarang ni 27januari 2015. Rindu gila okay :( I really in need of vacation. InsyaAllah tak lama lagi :)

In a nutshell, pulau perhentian kecil mmg best okay! Tersenarai antara pulau tercantik di dunia, takyah pegi jauh2 kat negara sendiri pun ada *bangga jap* ohhh rindu air laut perhentian yg sangatttt jernih! Huhu

Till then, bye....

posted from Bloggeroid

 

meant to be shared & remembered Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting