Monday 19 May 2014

Penang Travelog Part 2

Posted by izyan at 5:24:00 pm 0 comments
Halu halu halluuu! Terlambat pulak rasanya part 2. Hikhik

Baiklahh, selepas check out kitorang terus gerak ke Flamingo by The Beach. Ni termasuk dalam pakej yg kitorang beli tu so marilah kita bersenang lenang lepas semalaman di lautan. Muahaha

Kitorang naik teksi dari Swettenhem Pier sampai sana, RM serious x ingt... :'( RM40 rasanya. Rasanyalah. Hmmm pastu pastu pastu dah sampai sana check in lah terus. Kitorang dpt hill view, ingat nak upgrade ke sea view tapi x cukup fulus lak pulak masa tu. Hmm tapi yang bestnya, bilik yg kitorang dpt tu, xde hill view pun. Mengadap satu bangunan hotel yg lain tapiiii tepi tu boleh nampak laut! Yeayyy cantik sangat! Bilik pun sangat luas boleh golek2 ah kitorang berdua dalam tu. Hahaha


















Kitorang lepak je petang tu sbb rasa mcm penat. Haha tv dia ada channel best2, malam tu kitorang tgk breaking dawn part 2 :p nak highlight kt sini, breakfast kt sini mmg best wooo! Serious. Dan menurut rakan sy, Hazreen, hehehe dia baru je pergi hotel tu baru2 ni and diorang dah renovate. Mmg lawa! Boleh la korang pegi lepas ni. Ok?

Tu je. Byebye! :*



P/s: Rasanya deal yg kitorang beli ni still available kt groupon. Korang boleh check kt www.groupon.my , harga RM596 untuk dua orang. Orang lain pergi honeymoon guna deal ni tp since kitorang ni xde buah hati, pergi ngn member pun jadilah. Best pe! Haha bye. For real.
posted from Bloggeroid

Thursday 24 April 2014

Penang Travelog Part I

Posted by izyan at 8:00:00 pm 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum semua! Fuhh fuhhh *tiup habuk* setelah berkurun lamanya tanpa entri baru, aku kembali tiba2! 😝

Baiklah, mesti dah tak sabar2 kan nak baca pasal trip aku ke Penang? Perasan gila aku ni. Hahaha. K. Trip ni tak lama sangat tapi takde lah terbaru sgt. Bulan februari. 13-15 feb 2014 to be exact. Pergi dengan Hazreen. lepas aku nampak je package ni, aku terus tanya dia. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, dia terus setuju. Kemain eksaited masa tu. #SeriousTalk *buat muka serious*

Hari demi hari berlalu maka tibalah masanya yg ditunggu2. Hoorayy! :D Masa tu AirAsia ada buat promo, tak berapa nak ingat lah brp ringgit. Kalau tak silap, RM54. Soooo utk seseorang yg tak pernah naik flight dan jakun like me, opkos la teringin kan. Muahahaha nasib baik Hazreen si comel setuju. Wakaka :* mama Hazreen yg baik hati, ambik aku kat menara saas then hantar kitorg kat lcct. Terima kasih mama Hazreen :') maka, *nak ulang sekali lagi*, bagi seseorang yg tak pernah naik flight dan jakun like me, opkos kena ambik gambar buat kenang-kenangan. Tunjuk kat anak cucu nanti...."nak..cu..dulu grandma first time naik flight umur 20, tu pun pergi penang je nak, cu... tapi...grandma comel kan walaupun sedikit jakun?" Bhahahahaha












Kitorang sampai Penang airport lebih kurang pukul 2 lebih. Kalau x silap laaa. Hihi flight makan masa dalam 45 minit camtu. Takkan lupa semua pramugara yg melayan kami dalam flight. Semua handsome handsome belaka. Awwww *tampar pipi* *tolong move on*

sampai sana terus call mama..*anak mama la katakan. Hahaha* then, texting dgn jejaka yg sgt baik hati ambik kitorg dari airport nak ke Swettenhem Pier Port. Kitorang akan naik Superstar Libra Cruise, yg akan tunggu kitorang kat sana. so sorry la eh, tak tahu berapa kos dari airport ke Swettenhem Pier Port kalau naik taxi.

Journey dari airport ke Swettenhem Pier makan masa dalam setengah jam jugak. Kalau x silap. Lupa laaaa hihi sooo, sampai2 sana je, tekapikcahh! Klik klik




Lepas jejaka tadi balik, kami pun cepat2 check in cruise. Boleh check in seawal 5 petang, then boleh la nak rehat2 atau jalan2 kat atas dek kapal. Pukul 8 setengah baru cruise bertolak. Baiklah, aku saje je nak ingatkan yg aku ni serious eksaited, terujaaaaa hihi kitorang dapat kad cruise sorang satu, ada nama sendiri atas tu. Waaaa eksklusif sgt rasanya hihi nasib x boleh shrettt shreettt utk shopping :p




Staff kat situ ramai philippines. peramah, murah dgn senyuman. Tapi tak tahu asal masa kitorg nak naik cruise tu, diorg macam pandang kitorang pelik. Maybe sebab kitorang pakai tudung kot? Kan? Entah. Lantaklah. kitorang punya ic dia pegang... :o kitorang pun berlalu ke kabin. Serious rasa macam rusa masuk kampung. Hihi cantik! Macam dalam hotel. Semua ada 10 tingkat kalau x silap. Kitorang punya cabin kat tingkat 3 aka Deck 3.



                                               Cantik kan?


Oleh sebab kitorg beli pakej murah je kan, so mmg kitorg dapat kabin yang paling ekonomi kat situ. Hihi seekonomi cabin tu pun, masih ada toilet yg lengkap walaupun sangatttt kecik. Hahaha ada dua katil, almari, meja make up dan tv. Ada tv woi! Eksaited lagi sikit. :p So, kitorg pun lepak2 kejap kat situ....








Kitorang siap2 nak pegi amik angin kat dek paling atas, nak tengok sunset then dinner. Orang melayu memang tak ramai, boleh kira dgn jari ada berapa org melayu tapiii who cares? kan?!!



Dinner? Serious best! MAcam2 ada! Makanan melayu, western, semua ada!! Sorry takde gambar sbb aku kalau dah jumpa makanan mana pikir benda lain dah kan? Hahahahaha shut up.

tak lama lepas tu cruise tu gerak. Dalam pukul 8.30 camtu. Mmg seram sikit masa cruise tu gerak...haha lama2 okay, dah tak terasa pun yg kita kat atas cruise bergerak. Lama gila kitorang dinner. Waktu dia serve dinner smpai pukul 10, sampai pukul 10 la kitorang makan. Hahaha dah termasuk dalam pakej kot...rugi lah tak rasa semua :p

Lepas tu kitorang jelajah satu cruise! Ada macam2, karaoke, kasino (aku x main taw :p), spa, etc since semua tu tak termasuk dalam pakej kitorang, means kitorang kena bayar kalau nak, soooooo kitorg x pergi la. Hewhew jalan dari satu dek ke satu dek..lalu dek utk kabin mewah2.. memang best!








Pukul 11. Masa tu dah tak ramai orang kat dek paling atas. memang boleh kira la. So memang best sbb tak ramai kan? Kitorang malas nak duduk dalam kabin je sbb rasa macam terkurung sebab sempit! Hahaha so kitorang lepak2 kat atas tu sampai pukul 2 3 pagi. Tido awal2 nak buat apa kan? Bila lagi nak naik cruise..honeymoon lambat lagi. Lol Sejukkkk tapi syok apa? :D
























Pukul 3, dah sejuk sangat kat dek 10. Rasa mencucuk-cucuk ke tulang.....masa tu dah sampai mana ntah sampai line kt handphone pun dah tukar jadi roaming. So sbb aku dah x tahan sejuk terpaksa heret Hazreen sekali balik kabin. Hihi kitorang sambung selfie dalam kabin :p



Lepas tu kitorang tido, dengan harapan dapat bangun awal, nak tengok sunrise. Dah buat alarm semua!!!!! Tapi bangun pukul 7. Sigh. Pepagi dah nangis. Hahahaha tipu je k. Masa tu kitorang dah sampai penang balik...so kitorang kemas2 barang, siap2 nak naik dek 10 pergi breakfast. Breakfast pun best...tapi macam biasalah, takde gambar. Paham2 jela eh. Hehehehe :D lepaa tu kitorang jalan2 kat deck 10 utk kali terakhir sebelum kitorg ambik barang utk check out. Sedih. Sikit. Huhu

Panas dan terang gila ouh sunshine masa ni, tu yg semua jadi sepet tu. Luls



To be continued....

Till then, goodbye! Thanks for reading! Xoxo

posted from Bloggeroid
 

meant to be shared & remembered Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting