Sunday 25 November 2018

Pengalaman Bersalin di Hospital Shah Alam

Posted by izyan at 6:03:00 pm 0 comments


Alhamdulillah I selamat melahirkan babygirl pada 11 Oktober lepas..
Kemain mak nye berharap dia keluar sama tarikh dgn birthday maknye 10/10
Tapi maybe dia nak makan kek dulu pastu baru nak keluar hehehe

Tarikh 11/10/2017, terjaga dari tidur sbb dah start rasa sakit..lebih kurang
pukul 5 pagi. Sakitnya dlm jarak 10-15 minit sekali..huhuhu
Mmg sakit..rasanya mcm period pain tapi 100kali ganda (over sgt tak? Haha)
Tapi tak kejut husband..sbb ingatkan braxton hicks je lgpun baru je start sakit kan.
Tido mmg tak lena..tp nasib baik start sakit tu pukul 5. Hehe 
Time pukul 6 tu mcm, bangun je terus masa sakit datang tu, utk solat subuh.
Still tak kejut husband sbb nak settle solat cepat sbb sakit 😂
Lepas husband solat baru bgtau dia yg I dah rasa sakit2. 
Dia tanya nak dia cuti tak harini? I cakap tak payah la sbb mcm tak sure 
ni sakit bersalin ke tak. Al maklumlah first time hehe
Tapiii sakit tu tak hilang2 😭😭😭

I install contraction apps tu and mmg betul la sakit tu datang every 5-10 minutes.
Rasa mcm geram la sbb sebelum ni google org ckp sakit contraction tu
dtg secara berperingkat kan mcm 2-3 jam sekali masa mula2 kan?

Tapi I takde macam tu 😭

I terus cakap kat mama yg I dah rasa mcm sakit tp mama macam tengah rushing..yela masa tu mama kena kerja kat klinik kapar sbb klinik meru ditutup buat sementara waktu sbb kerja2 wiring. So kena gerak cepat sbb agak jauh sikit dari rumah..Tp mama ada la cakap nanti apa2 call la. Ok.

Husband cakap sarapan la so ada energy. I pun makan. Tapi tak lama
lepas tu muntah 😭 pastu takde selera makan dah. Huhu
Tapi gagahkan diri jugak makan sbb takut takde energy nak bersalin.
Tapi lepas tu muntah lagi. Adoi I pun tak tahu kenapa mcm tu.
Maybe lain org lain simptom dia kan? Huhu

Dlm pukul 9 pagi tu I nangis2 sbb tak tahan sakit. Hahaha ngade sgt kan?
Husband I tengok & rasa helpless sbb tak dapat nk tolong. Hahaha
Dia pegang tangan I try nk peluk usap2 tgn I tapi I tepis cakap
“Jangan pegang plis.” Hahaha kesian dia

Kakak I whatsapp gambar celebrate birthday sehari sebelum tu yg I mintak
tp I balas I dah rasa sakit. Hahaha nak upload gmbar pun tak rasa dah sbb sakit sgt

Mama I call setiap 1-2 jam tanya condition I. Tengahari tu mama balik terus
amik halfday. Oh fyi mama I bidan. Hehehe so mmg dah plan nnt mama
yg akan check VE sbb I malas nak layan contraction kat kerusi hospital. (ni berdasarkan google pengalaman org lain yg bersalin jugak)

So mama balik & cek VE I. Mama ckp dah bukak 3-4 cm ni. Nak pergi hospital ke?
I cakap nanti dulu lah. Nk tunggu 5 cm. Ok.

Tp sakit tu mmg semakin sakit setiap 5 minit 😭 sampai I jerit2.
Mama marah ckp kita ni org Islam, kalau sakit jgn jerit, istighfar la. Zikir.
I jerit sbb nak lepaskan kesakitan tu..huhuhu tp I tak rasa apa pun kena marah
Sbb I tgh sakit.

2pm. I dah rasa mcm nak berak. So I pegi la toilet tapi tak berak pun.
Tengok2 dah keluar lendir bersama darah. I terus cakap kat mama
Mama cakap ye la tu dah nak bersalin lah tu

3pm. I dah tak tahan sgt2 dah. I rasa nak berak & teran sangat2!
Mama nak cek VE tp I cakap taknak sbb tgh sakit sgt2. I mean, bila
sakit contraction tu datang, I tak boleh nak buat benda lain selain tahan sakit tu.

So mama cakap ok lah jomlah pergi hospital terus. Tunggu adi (my husband) kejap
dia pergi beli brg sikit. Ok.


4pm. I terus masuk kereta duduk kat depan. Terus turunkan seat & mengiring & mengerikot
tahan sakit. I cuba menenangkan diri dan berharap cepat2 sampai hospital.
Nasib baik dah pesan awal2 kat husband isi minyak & reload touchNgo so that
perjalanan ke hospital smooth. Alhamdulillah masa pukul 4 tu jalan belum jammed lg
Kalau pukul 5...hmm mereput la tahan sakit dlm kereta kihkih alhamdulillahh:)
Tapi sebelum nak sampai hospital tu I takkan lupa satu ni ha. Boleh pulak husband I
salah masuk jalan! Adoi betul2 satu jalan sebelum nak sampai simpang ke hospital.
I tak mampu nak marah sbb tahan sakit tp nasib baik la senang je nk ke jalan yg betul.
I just cakap”sini sini” sambil tunjuk jari tepat ke cermin. Marah dalam hati 😂
Org tgh sakit ni boleh pulak dia salah jalan! Grrr

4.30pm. Sampai hospital shah alam. Terus ke PAC tp I x larat nak jalan so mama yg turun
cakap kat guard tu. Ni mama yg cerita balik kt I. Guard tu ckp ok tunggu jap ye
puan, mana yg nk bersalinnya? Suruh dia turun ye. Mama I dah bengang la kan
mama ckp eh anak saya dah sakit nk bersalin tak boleh nk jalan tadi saya check VE
dah bukak 4cm. Saya pun staff KKM jugak, tlg jgn buat mcm ni ya. Terus guard tu
meluru ambil wheelchair & amik I kt kereta. Hehehe

Masa dah masuk tu, nurse suruh alih duduk kt kerusi, mybe nk tanya soalan ke apa kan.
I cakap “jap, sakit” pastu ade sorg nurse ni cakap knp? Awak dah rasa nak teran ke?
I cakap “ya” dia terus eh takpelah terus ke sana check VE. Dia pun seluk
terus cakap eh ni dah dilate habis ni! Cepat2 prepare pergi labour room. Nurse2 yg lain pun kalut
duk pindahkan I ke katil lain nak ke labour room.
I pun ckp “tolong panggil suami saya”
Nurse ckp eh kita nak selamatkan awak dgn baby dulu. Dah dilate habis ni tau tak

Dalam lift, nurse tu tanya sakit since pukul berapa ni? bila air ketuban awak pecah ni?
Air ketuban awak dah takde langsung tau.
I pun mcm eh air ketuban aku dah pecah ke? Bila eh? Tu la layan sangat sakit sampai tak perasan
bila air ketuban pecah.
I pun cakap “sakit sejak pukul 5. Saya tak rasa pulak mcm ada air ketuban keluar. Tapi darah keluar
lebih kurang pukul 2”
Nurse tu pun balas “ hah awak sakit dari pagi, darah dah keluar pukul 2 tp baru sekarang
datang hospital?”
I pun mcm erghh sakit sakit. Nak teran.
Nurse tu duk ulang “jangan teran! Jangan teran!”
I cakap ye saya tak teran. Saya nak mengiring boleh? Sbb terlentang sy rasa nak meneran.
Dia cakap ok boleh2.

So dah sampai labour room nurse nak tukarkan baju I tp sbb I dah sakit sgt so
i mcm xleh nk buat  sbb I nak tahan sakit! Nurse tu dah bising tolong bagi kerjasama ya.
So time rasa sakit tu hilang cepat2 I tukar baju. Masa ni dah tak fikir nak panggil husband
sbb dah sakit sgt and nurse pun tak panggil husband 😭

5.02pm. Nurse suruh push. I pun push. Tapi tak boleh push  lama2 sbb takde energy.
Lama jugak la dalam 5-10 minit macam tu push tak keluar2.
serious masa tu rasa macam ahhh xlarat la nak push. nak ceaser jelah boleh? hahaha
nurse duk cakap habis kalau bukan ibu yg push, sape yg nak tlg push kan? ni dah nampak kepala baby ni! sikit je lagi! nah cuba pegang *sambil dia tarik tangan i dan pegang kepala baby.
mmg terasa la kepala dia haha

push punya push. terasa mcm panas jeeee rupa2nya dah keluar dah seketul Adelia :')
nurse angkat baby sambil tanya kat i, baby boy ke girl?
i jawab dgn lemah tp mampu senyum. "girl" :)

nurse terus letak baby tu atas dada i hehe
masa tu rasa macam tak percaya je. betul ke ni aku dah ada anak? betul ke ni aku yg bersalinkan dia? hahaha dalam 2 minit camtu nurse ambik baby dan proses jahit pun bermula. adoi
15 minit gak la dia jahit..sakit sampai teringat-ingat sampai harini. huaaa

tak lama lepas tu, nurse datang bagi baby utk disusukan buat kali pertama. alhamdulillah. first time terus baby latch. pandai anak ibu :)

lebih kurang pukul 5.40 camtu husband i pun masuk. muka dia terkejut gila masa tu. hahaha
mestila dia expect i belum bersalin ke ape ke kan. ni tengok2 je baby dah keluar. i sengih2 je kat dia. hehehe

sebenarnya husband agak terkilan sbb tak dapat nak teman semasa i melahirkan. i pun sama. tapi nak buat macam mana kan..bukan rezeki. insyaAllah lain kali. eh? hahaha
asalkan ibu & baby selamat. alhamdulillah.

overall, service kat hospital shah alam ni ok je. cuma tak puas hati tang nurse tak panggil pun husband masuk dalam LR. ramai kot nurse kat situ, mintak jela salah sorang call may husband kan...so far tu je lah. yg lain ok kot. bayaran pun cuma rm18 je haha murah. terima kasih kerajaan Malaysia.

lanje gambar baby girl kita satu.
Nur Adelia Ezabelle
11 October 2017 , 5.02pm
2.89kg , 49cm







 

meant to be shared & remembered Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting